Masya-Allah lama sungguh jari jemari ini tidak melagukan sebarang tarian kata dan makna. Terlalu lama asyik tenggelam dalam aktiviti dunia yang tak kenal erti berhenti. Banyak yang ingin ternyata tapi biarlah kalam saat ini tentang pengertian tuhan.. Ya tuhan yang tidak pernah tidur.
Tuhan.. tuhan kita.. pencipta kita.. Allah s.w.t.. hakikatnya hidup kita, ibadah kita, mati kita adalah berlandaskan kepada dia semata-mata. ya semata-mata kepada dia..ya sepatutnya..
pernah tidak suatu tika kita berasa tersangat letih? letih dengan sikap manusia yang bagaikan mencengkam jiwa.. pernah tidak disaat kita menggantung harapan pada manusia..satu demi satu kejadian menyakitkan muncul dan perkara itu datang dari manusia yang kita gantungkan pengharapan..
pernah tidak kita berasa rindu? tapi tidak tahu pada siapa kita rindu? pernah tidak kita sedih, tapi tidak tahu apa yang disedihkan? pernah tidak terasa ada satu kelompong luas di-dada..tapi tidak tahu apa yang kosong itu?
puas kita mencari, puas kita meluah, puas kita gelisah..tapi rasa tenang tetap tidak kunjung tiba..
kenapa ya??
kerana segala rasa itu disandarkan kepada Allah..luahlah kepada sejuta manusia, tidak siapa mengerti tentang apa yang kita rasa.. katalah pada sejuta bunga tidak juga kunjung ketenangan yang kita cari..
kerana terselit bahagia hanya pada pencipta rasa
No comments:
Post a Comment