song

Friday, 4 April 2014

Selangkah Ke syurga..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..malam ini jari-jari ini masih diizinkan oleh rabb untuk terus menari di keyboard ini..mungkin untuk mencurahkan apa yang tersimpan didalam benak ini..

Selangkah ke syurga..seperti yang kita semua ketahui..syurga adalah tempat di mana menjadi idaman dan keinginan kita semua..namun usaha dan tindakan kita yang membezakan sejauh mana hati merindui keindahan dan keterujaan untuk melangkah ke sana..hati kecil kita yang akan membawa kita mengenali jalan-jalan menuju ke istana abadi yang menjadi idaman setiap muslim dan muslimah..

Tetapi apa usaha atau tindakan kita yang menunjukkan yang kita sememangnya teruja untuk kesana..percayalah kita sebenarnya lebih gemar berkata-kata di bibir..memasang niat di hati dari memaksa anggota tubuh kita untuk merealisasikan langkah kita menuju syurga yang tersergam indah.

Sombongkah kita..atau sifat malas yang sebenarnya merantai kita..
atau kita sebenarnya terlupa dunia ini sifatnya sementara..
atau kita sebenarnya tidak yakin akan kewujudan syurga..

Siapa kita..dan apa yang kita fikirkan letaknya pada seketul daging didalam tubuh kita..
=iaitu hati

p/s= tepuk dada tanya iman
        *dimanakah kita sebenarnya..
MUNGKIN DENGAN DOA KITA MENCIPTA SELANGKAH KE SYURGA,,, :)


No comments:

Post a Comment