Penipu !
Kau memang seorang penipu,
Penipu yang penuh tipu daya,
Memenuhi ruangan hidup,
Dengan helahmu teman.
Mana??
Kata yang kau lontarkan,
Bahawa kita berteman,
Hingga ke bumi abadi,
Pabila aku di buang di fana.
Durjana,
Aku terpesona dengan lidahmu,
Dengan sukma yang busuk,
Kau tusuk hatiku,
Dengan lembing dusta mu.
Kata Akhirku,
Terima kasih atas dusta mu,
Hingga aku menjalang sukma mu..
No comments:
Post a Comment