Assalamualaikum...
Setiap manusia yang diciptakan Allah pasti disertakan dengan sekeping hati..lalu ditiupkan oleh Allah tentang berbagai perasaan agar manusia menjadi seorang insan yang memahami..dan antaranya rindu..
Dan pastinya rindu yang menyakitkan adalah rindu buat dia yang hanya mampu kita sampaikan melalui doa..tidak ada lagi talian yang menghubungkan rasa rindu kita buat dia melainkan doa..apatah lagi kita tidak lagi menjadi 'seseorang' buat dia lagi..
Wahai pencari syurga, kesatkan air mata rindumu buat 'dia' yang telah lupakan mu..dengan sebuah senyuman ikhlas..
Salurakan rasa rindu kita buat sang pencipta kita..
percayalah, saat ini hanya Allah yang memahami apa yang kita rasa..
sakit..luka..parah..koyak..pecah..
serahkan hatimu yg penuh kerosakkan itu kepada Allah..
Allah tahu yang kita rindukan 'dia' sangat-sangat..
Mungkin Allah ada agenda-Nya yang tersendiri..mungkin dengan rasa rindu yang menyucuk-cucuk ini..barulah kita pandai mencari sehelai sajadah..lalu disitu kita hamburkan segala rasa buat-Nya..
Mungkin bila kita tidak mampu meluahkan segala rasa lagi buat manusia lagi..barulah kita menyedari bahawa ada-Nya yang sentiasa merindui rintihan kita..
Atau juga..Mungkin dengan segala rasa rindu yang berkecamuk ini..barulah kita salurkan rindu yang abadi buatnya..hingga rindu buat insan tidak lagi menjadi motif dalam kehidupan kita..
Lihatlah bagaimana Zulaikha menyerahkan rindu yang tiada henti buat Yusuf a.w kepada Allah yang satu..
Maka bersabarlah..rindu adalah satu jalan untuk kita temui syurga..jika kita tahu mengemudinya..
p/s=ya Allah..aku rindu dia :')
pimpinlah hatiku..
agar rinduku ini hanya buat-Mu ya Allah
![]() |
| Allah tahu apa yang kita rasa :') |

No comments:
Post a Comment