Kau bunuh jiwa anak-anakmu,
Hanya untuk memuaskan hatimu,
Dengan rakus,
Jiwa-jiwa itu mati tanpa nisan.
Kau persoalankan sikap,
Kau tanyakan kenapa?
Pernah kau sedar,
Bahawa engkaulah punca,
Jasad tanpa jiwa berlegar-legar,
Dalam kehidupan mu sendiri,
Anak itu penat,
Penat dengan olahmu yang itu dan ini,
Anak itu sendiri bila acap kali,
Semua salah itu kau longgok dipundaknya,
Anak itu ingin mati jasad dan jiwa,
Agar kau puas dengan apa yang kau mahu,
Biarlah kali ini dia berdoa,
Wahai tuhan lenyapkan semua duka,
Bawa aku ke bumi bahagia.