Terasa beku jemari-jemari untuk mula menari di papan kekunci selepas hampir dua bulan menyepi dari menulis. Dikesempatan ini izinkan jari ini menari lagi. In Shaa Allah.
Pernah tidak satu saat dalam hidup kita, kita diuji dengan kehadiran seorang manusia. Terasa tidak tertanggung ujian oleh Allah melalui individu tersebut. Jauh kita ingin buang insan tersebut dari hidup kita. Terasa lemah dan goyah dengan kehadiran dia yang kadang-kadang kita sendiri pon tidak mengerti atas tujuan apa Allah kirimkan dia dalam hidup kita. Mencari jawapan yang tiada ibarat sebuah pengembaraan yang tiada penghujung. Akhirnya kita pasrah dan menyerah kepada Allah. Tiada jawapan yang ditemui, malah seribu persoalan mula muncul. Kenapa mesti aku dan dia?. Persoalan itu pasti wujud. Peracayalah, saat itu hanya Allah yang mengerti apa yang kita rasa.
Pepatah ada menyatakan kita hanya mencari Allah bila kita tidak temui sebarang jawapan. Dan terbukti disaat kekeliruan menjengah, Allah lah satu-satunyan tempat pengaduan yang paling menenangkan, Al-quranlah satu-satunya kitab yang menginspirasikan. Lalu kenapa Allah mesti kita letakkan di bahagian akhir.
Persoalan yang tidak akan terungkai, adalah apabila Allah sendiri memisahkan dua hati yang bertaut tanpa alasan yang jelas dan Allah sendiri yang menyatukan dua hati yang hancur berderai dengan tiba-tiba. Lihat? hanya Allah yang mampu membolak balikkan hati seperti yang terkandung dalam doa rabitah. Perancangan Allah bukan menuntut seribu persoalan mahupon seribu jawapan atau sejuta pengertian, Cukuplah kita sekadar memenuhi perancangannya dengan kesabaran dan ketabahan.
Kerana semudah-mudah perkataan adalah sabar tetapi sesusah-susah perbuatan juga adalah sabar,
maka bersabarlah selagi termampu.
No comments:
Post a Comment