song

Monday, 31 March 2014

Rindu..

Assalamualaikum...

Setiap manusia yang diciptakan Allah pasti disertakan dengan sekeping hati..lalu ditiupkan oleh Allah tentang berbagai perasaan agar manusia menjadi seorang insan yang memahami..dan antaranya rindu..


Dan pastinya rindu yang menyakitkan adalah rindu buat dia yang hanya mampu kita sampaikan melalui doa..tidak ada lagi talian yang menghubungkan rasa rindu kita buat dia melainkan doa..apatah lagi kita tidak lagi menjadi 'seseorang' buat dia lagi..

Wahai pencari syurga, kesatkan air mata rindumu buat 'dia' yang telah lupakan mu..dengan sebuah senyuman ikhlas..
Salurakan rasa rindu kita buat sang pencipta kita..
percayalah, saat ini hanya Allah yang memahami apa yang kita rasa..
sakit..luka..parah..koyak..pecah..
serahkan hatimu yg penuh kerosakkan itu kepada Allah..
Allah tahu yang kita rindukan 'dia' sangat-sangat..

Mungkin Allah ada agenda-Nya yang tersendiri..mungkin dengan rasa rindu yang menyucuk-cucuk ini..barulah kita pandai mencari sehelai sajadah..lalu disitu kita hamburkan segala rasa buat-Nya..
Mungkin bila kita tidak mampu meluahkan segala rasa lagi buat manusia lagi..barulah kita menyedari bahawa ada-Nya yang sentiasa merindui rintihan kita..

Atau juga..Mungkin dengan segala rasa rindu yang berkecamuk ini..barulah kita salurkan rindu yang abadi buatnya..hingga rindu buat insan tidak lagi menjadi motif dalam kehidupan kita..

Lihatlah bagaimana Zulaikha menyerahkan rindu yang tiada henti buat Yusuf a.w kepada Allah yang satu..

Maka bersabarlah..rindu adalah satu jalan untuk kita temui syurga..jika kita tahu mengemudinya..

p/s=ya Allah..aku rindu dia :')
      pimpinlah hatiku..
      agar rinduku ini hanya buat-Mu ya Allah



Allah tahu apa yang kita rasa :')



Sunday, 30 March 2014

Memaafkan adalah dendam yang terindah..

Assalamualaikum..

Pernah tidak dalam kehidupan kita..kita rasa marah dan benci teramat sangat terhadap mana-mana manusia..sejujurnya pasti pernah kan ??..dan perasaan itu sangat lah menyakitkan..apatah lagi melibatkan orang yang pernah menjadi sebahagian dalam hidup kita..menjadi sebahagian dalam perancangan masa hadapan kita..

Memaafkan ketika dalam keadaan marah mungkin menjadi satu persoalan yang menyakitkan hati..dan mungkin sukar untuk diterima akal setelah apa yang 'insan' tersebut lakukan..

Sakit di badan..luka di kulit..lambat laun akan hilang dan terubat..tapi sakit dihati..jiwa yang terluka..sukar untuk di ubati kerana lukanya tidak nampak..sedangkan sakitnya pula tidak terlihat dek mata kasar..namun kita masih mampu mengubatinya..

Ubat?? ubat hati yang sakit dan jiwa yang terluka..adalah dengan kembali kepada Allah..sang pencipta seluruh alam..sang pemberi segala kenikmatan.malah satu-satunya perkara yang tidak pernah meninggalkan kita walau tika itu tiada satu pun manusia yang sudi bersama kita..serahkan jiwa yang luka itu kepada-Nya..berikan hati yang sakit itu kepada-Dia..hanya Dia lah sang pemilik hati kita..

Lihatlah 'tragedi' itu sebagai perbuatan Allah..maka secara perlahan-lahan hati kita terubat sedikit demi sedikit..lihatlah 'trauma' itu sebagai wadah Allah menyampaikan rindunya..bertawakal kepada Allah atas sesuatu perkara..

Maka perlahan-lahan kita akan memaafkan 'dia' yang pernah menghuni hati kita dengan penuh redha..melupakan 'dia' mungkin tidak..tetapi sekurang-kurangnya kita telah berazam untuk redha dan memaafkan dia..

Ingat..Allah tidak lihat natijah atau hasil tetapi Allah memandang pada usaha kita untuk memaafkan 'dia'..mungkin di situ terselit sebuah pengampunan dari Allah..percaya dan yakini lah..pasti terselit 1001 hikmah atau mungkin lebih..

Allah lebih mengetahui..mengapa kita dan bagaimana caranya untuk menjadikan kita lebih meladeni hidup ini dengan penuh kerendahan hati..serahkan hati kita pada-Nya..

SESUNGGUHNYA..MEMAAFKAN ADALAH DENDAM TERINDAH..
*bukan mudah untuk kita wujudkan dendam yang satu ini..

p/s= aku maafkan kau..:') (ojichan)



keep trying and trust that you can forgive ..
trust that Allah know the best choice ever...


Bisu/diam..=muhasabah ??

Assalamualaikum..

semoga pada malam yang penuh keheningan ini kita telusuri bersama-sama dengan hikmah diam/ atau membisu untuk seketika..

Percaya atau tidak..hakikatnya hanya melalui diam untuk seketika kita akan berfikir tentang apa yang telah kita lakukan..dan secara tidak langsung kita telahpun bermuhasabah mengenai segala tindakan kita..
yang mungkin mengundang DOSA..DAN MURKA ALLAH..
mungkin dalam bicara kita terselit keangkuhan..
mungkin dalam perbuatan kita adanya sifat pentingkan diri..
mungkin dalam pandangan kita penuh dengan penghinaan terhadap yang lain..
mungkin dalam hati kita sering berbisik segala bentuk kelalaian..

Manusia itu lemah..malah tercipta dari sehina-hina perkara iaitu dari setitis air mani..tetapi dimuliakan oleh ALLAH s.w.t..

Apalah salanya..untuk seketika sebelum melelapkan mata..memenuhi sunnatullah..kita berdiam untuk seketika dan merenung kembali..

SIAPAKAH AKU UNTUK HARI INI ???
*hamba allah yang penuh sifat tawaduk..
*atau hamba allah yang mesih memenuhi sifat-sifat kesombongan..

p/s= maaf andai hasil penulisan masih kekok..
          sekadar wadah picisan dalam mencari syurga..


Saturday, 29 March 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya..aku berjaya jua mewujudkan sebuah akaun blog..berhempas pulas cuba mewujudkan sebuah wadah untuk curahkan segala isi hati..alhamdulillah..
Rasanya untuk entri pertama kali ini cukuplah sekadar aku lafazkan kalimah assalamualaikum..dan alhamdulillah..ku hidang bunga tulip (xtaw apa faedahnya..^^)..wassalam..



Cantikkan bunga tulip..^^