Assalamualaikum..
Setelah sekian lama membiarkan jari-jari membeku dengan kesibukkan bergelar mahasiswi, maka malam ini alhamdulillah, diizikan sekali lagi untuk menari-nari diatas papan kekunci ini.
Kehidupan dan kesibukkan bagaikan dua aliran yang sentiasa bersangkutan antara satu sama lain. Malah, kehidupan dan kejatuhan serta kesakitan adalah elemen yang sangat-sangat membantu kita untuk berhadapan dengan dunia yang punya gelora menggila terkadang-kadang menjadi terlalu gila.
Maka, satu saat kita mula berfikir. Apakah aku sudah layak digelar matang sesuai dengan usia yang semakin meningkat naik?. Kenapa soalan sedemikian menjengah?. Kerana tidak semua yang berusai itu matang, dan tidak semua yang muda-belia itu keanak-anakkan. Disini dinyatakan t3 tanda-tanda usia kita semakin meningkat cemerlang bersesuaian dengan kematangan yang dimiliki.
1) kita mula belajar melepaskan
kita mula menyedari segala-galanya berada dalam susunan dan aturan Allah yang maha kaya. Kita mula menyedari, kadang-kadang bukan usaha, bukan sikap, bukan daya tetapi dengan izin Allah yang maha kaya maka kita peroleh sesuatu. Kita mula menyedari segala-galanya adalah milik mutlak Allah. Dan hikmah terbesar, kita menyedari hakikat akan kita tidak memiliki apa pun.
2) kita mula belajar menjadi tenang
bila kita tenang akan kehidupan ini bukan bermaksud kita tidak berghairah akan kehidupan dunia yang gah yang serba gaya dengan cara yang tersendiri. Tapi hakikatnya kita mula menyedari sejauh mana kita mencintai dunia, mencinta material, mencintai manusia. Segala-galanya bersifat sementara, dunia yang indah ini akan hancur, material yang dimiliki akan habis, dan manusia yang dicintai akan hilang dan mati. Maka kita mula percaya segala-galanya ada "expired date" melainkan satu. Allah maha kuat serta akhirat yang kunjung tiba, secara halus, jiwa kita mula tenang.
3) kita semakin banyak tersenyum dari berkata-kata
jika dahulu, kita suka menyatakan segalanya dalam bentuk verbal. Kita suka meluahkan segala terbuku dihati, segala yang bersarang diminda, semuanya ingin kita curahkan kepada fana. Namu, bila kita semakin meningkat usia. Semakin menjengah kematangan, kita lebih gemar tersenyum dari menyatakan segalanya. Kerana kita mula belajar percaya, bahawa kekuatan kita, kelegaan kita, kepuasan kita bukan pada banyaknya pendengar melata sekitar, tetapi ada Allah sang pendengar setia. Pada saat itu, kita telah pun menjadi matang
itulah selembar pendapat dan pengalaman yang mampu penulis kongsikan kepada para pembaca. Tidak semua yang penulis nyatakan mampu diterima seluruhnya, tetapi itulah dinamakan pengalaman menjadi guru terbaik sepanjang zaman.