song

Saturday, 11 April 2015

Tanda-tanda kematangan Mula Menjengah

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama membiarkan jari-jari membeku dengan kesibukkan bergelar mahasiswi, maka malam ini alhamdulillah, diizikan sekali lagi untuk menari-nari diatas papan kekunci ini.

Kehidupan dan kesibukkan bagaikan dua aliran yang sentiasa bersangkutan antara satu sama lain. Malah, kehidupan dan kejatuhan serta kesakitan adalah elemen yang sangat-sangat membantu kita untuk berhadapan dengan dunia yang punya gelora menggila terkadang-kadang menjadi terlalu gila.

Maka, satu saat kita mula berfikir. Apakah aku sudah layak digelar matang sesuai dengan usia yang semakin meningkat naik?. Kenapa soalan sedemikian menjengah?. Kerana tidak semua yang berusai itu matang, dan tidak semua yang muda-belia itu keanak-anakkan. Disini dinyatakan t3 tanda-tanda usia kita semakin meningkat cemerlang bersesuaian dengan kematangan yang dimiliki.

1) kita mula belajar melepaskan

kita mula menyedari segala-galanya berada dalam susunan dan aturan Allah yang maha kaya. Kita mula menyedari, kadang-kadang bukan usaha, bukan sikap, bukan daya tetapi dengan izin Allah yang maha kaya maka kita peroleh sesuatu. Kita mula menyedari segala-galanya adalah milik mutlak Allah. Dan hikmah terbesar, kita menyedari hakikat akan kita tidak memiliki apa pun.

2) kita mula belajar menjadi tenang

bila kita tenang akan kehidupan ini bukan bermaksud kita tidak berghairah akan kehidupan dunia yang gah yang serba gaya dengan cara yang tersendiri. Tapi hakikatnya kita mula menyedari sejauh mana kita mencintai dunia, mencinta material, mencintai manusia. Segala-galanya bersifat sementara, dunia yang indah ini akan hancur, material yang dimiliki akan habis, dan manusia yang dicintai akan hilang dan mati. Maka kita mula percaya segala-galanya ada "expired date" melainkan satu. Allah maha kuat serta akhirat yang kunjung tiba, secara halus, jiwa kita mula tenang.

3) kita semakin banyak tersenyum dari berkata-kata

jika dahulu, kita suka menyatakan segalanya dalam bentuk verbal. Kita suka meluahkan segala terbuku dihati, segala yang bersarang diminda, semuanya ingin kita curahkan kepada fana. Namu, bila kita semakin meningkat usia. Semakin menjengah kematangan, kita lebih gemar tersenyum dari menyatakan segalanya. Kerana kita mula belajar percaya, bahawa kekuatan kita, kelegaan kita, kepuasan kita bukan pada banyaknya pendengar melata sekitar, tetapi ada Allah sang pendengar setia. Pada saat itu, kita telah pun menjadi matang

itulah selembar pendapat dan pengalaman yang mampu penulis kongsikan kepada para pembaca. Tidak semua yang penulis nyatakan mampu diterima seluruhnya, tetapi itulah dinamakan pengalaman menjadi guru terbaik sepanjang zaman.

Thursday, 22 January 2015

Bangun untuk sebuah perjalanan



Saat kita terjatuh, jangan pernah menangis untuk setiap kesakitan sebaliknya bangun, melangkah dan terus berlari. Kesatkan air mata, ubatkan segala luka. Berlari kepada Allah, dia tahu ubat segala kesakitan. Dia juga tahu ubat kepada sebuah pengkhianatan.

Bila sang dia yang berjanji untuk bersamamu, berjanji mencintaimu, berjanji dengan segala janji yang menyesakkan dan akhirnya dia yang khinati. Maka lupakan dia. Lupakan. Lupakan. Hapuskan segala kenangan. Jangan pernah buat dia subur dan mekar didalam hati dan minda.

Biarkan dia yang menipumu. Biarkan. Biarkan dia dengan pengkhiantan yang dihulurkan kerana percayalah dia akan sakit di akhirnya. Perlahan-lahan satu saat nanti dia sendiri merasa segala kesakitan itu.

Disaat itu keputusan ditangan mu..

lupakan semua. Jika mendapat yang terbaik memerlukan sebuah kesakitan maka relakan. Percayalah dia yang mengkhianatimu sekadar wasilah untuk bertemu yang tepat diakhirnya, YAKIN!!

KAU FIKIR KAU SIAPA


Dulu kau abaikan aku dengan angkuh,
Kau bilang aku cuma sekadar angin yang kosong,
Setiap pemberianku kau anggap sampah,
Pehatianku menganggu hidupmu,
Kasih sayangku menyesakkan,

Kini,
kenapa kau gila,
kenapa melalut bagai,
katanya hidupmu sepi tanpa perhatian,
tiada yang ikhlas bersamamu,
kau tahu apa?
kau yang sebenarnya bodoh,
bicara melulu tanpa pernah melihat,
apa yang kau miliki dahulu

Aku,
bila kau buang tanpa harga,
jangan harap aku pulang,
kerana aku muak dengan sikap kau yang sakai...